Tuesday, May 08, 2012


Kedudukan Geografi
  1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalan
    perdagangan anatara Timur dan Barat
  2. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal
  3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera
  4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka

    a. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa
    pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka

    b. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan
    membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama
    membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka
  5. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan
  6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah
  7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh
  8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.

No comments:

Post a Comment